Keistimewaan Perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah Saw. akan hal tersebut, Baginda Saw. menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah Swt. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah Swt. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah Swt.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka ibu diberi satu kebajikan untuk setiap satu tegukan dari susunya.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah Swt. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah Swt.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah Swt., maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyenangkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah Swt. memasukkan dia ke dalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Swt., ‘siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?’ Jawab Rasulullah Saw., ‘Suaminya.’ ‘Siapa pula berhak terhadap lelaki?’ Jawab Rasulullah Saw., ‘Ibunya.’”

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu-bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari, dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

sumber dari status “Kembang Anggrek”